fahami teknik dan maksud SEO?

Posted by Cara Mudah 3 comments
Bagikan Artikel Ini :
maksud SEO



terdapat banyak teknik seo yang dapat dilakukan oleh seorang blogger dan maksud seo pula begitu ringkas dan mudah difahami..namun ada segelintir blogger atau pengguna internet masih tidak tahu kepentingan kegunaannya...terdapat ratusan malah ribuan cara seo yang dapat dikumpulkan..

SEO adalah singkatan bagi satu terma teknologi maklumat iaitu Search Engine Optimization.
SEO sering dibincangkan dalam seminar perniagaan internet kerana ia merupakan salah satu strategi pemasaran yang berkesan di internet.

Andaian yang boleh diberikan ialah bagaimana untuk membuat laman web organisasi Y berada dalam senarai carian yang pertama dalam laman web enjin carian seperti Google sekiranya seseorang menaip perkataan 'komputer' di laman web enjin carian Google tersebut? Jadi, ini adalah sebahagian daripada strategi pemasaran di internet.

Terdapat teknik-teknik SEO yang boleh digunakan untuk manipulasi algoritma atau tata cara perjalanan proses bagi sesebuah laman web enjin carian bagi menempatkan kedudukan sesebuah laman web itu di senarai carian yang teratas.
Teknik-teknik SEO ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu White Hat SEO dan Black Hat SEO. White Hat SEO adalah teknik-teknik SEO yang digunakan mengikut cara yang dibenarkan oleh sesebuah laman web enjin carian.

Black Hat SEO pula adalah teknik-teknik SEO yang tidak dibenar menggunakannya oleh pihak laman web enjin carian.
Penarafan senarai carian teratas dengan kata kunci tertentu juga boleh dibayar kepada pihak laman web enjin carian untuk mendapatkan tempat yang tertinggi dalam senarai carian tersebut.

Teknik-teknik White Hat SEO yang boleh digunakan adalah seperti penempatan penggunaan kata kunci dengan perkataan tertentu seperti komputer, motivasi dan lain-lain, analisis sambungan atau Link Building Analysis, penggunaan Link Exchanges, Onsite Analysis, penggunaan Meta Tags untuk menempatkan beberapa kata kunci bagi memberi maklumat sesebuah laman web dan lain-lain.

Beberapa teknik Black Hat SEO pula adalah seperti Keyword Stuffing, Page Stuffing, Selling and Farming Link dan lain-lain.
Terdapat juga program-program komputer yang boleh digunakan untuk menjalankan teknik-teknik tertentu dalam perlaksanaan SEO ini.

Program komputer yang digunakan bagi teknik Link Building Analysis adalah seperti Google Alerts, Majestic SEO, Open Site Explorer, OnlyWire, Seesmic Ping, Affiliorama SEO Toolbar dan lain-lain.
Program komputer yang digunakan untuk teknik penggunaan kata kunci pula adalah seperti Google Adwords Keyword Tool, Google Trends, Google Insights for Search, Google Correlate, Google Related Searches, BuzzFeed, Alexa, Soovle, Keyword Discovery, Kgen, Keyword Questions, SearchStats Plugin dan lain-lain.

Seterusnya program komputer yang digunakan untuk teknik Onsite Analysis adalah seperti Google Analytics, Woo Rank, HubSpot Marketing Grader, SEOTools for Excel, SiteTrail for Chrome, SEOQuake, SEOBook, SEO for Chrome dan lain-lain.

SEO adalah satu cara yang digunakan untuk penarafan senarai carian sesebuah laman web bagi carian tertentu dalam laman-laman web enjin carian dengan menggunakan teknik-teknik tertentu yang bersesuaian dengan tata cara sesebuah laman web enjin carian tersebut.
Dengan mendapat kedudukan senarai carian laman web yang tertinggi di sesebuah laman web enjin carian bagi kategori tertentu, ia akan meningkatkan capaian oleh pengunjung sasaran di internet.

Jadi, ini akan meningkatkan promosi dan pemasaran bagi sesebuah perkhidmatan atau produk di internet menerusi laman web organisasi...anda harus memahami konsep SEO ini kerana terdapat kaitan bagi setiap SEO..seumpama membina bangunan yang mana setiap tingkat adalah penting...(tiada tingkat kedua tanpa tingkat pertama..dan tiada tingkat 3 tanpa tingkat ke 2..itu contoh ringkasnya..jika diterapkan semua
cara seo disini serta sedikit kreativiti anda..ianya akan meningkatkan pagerank serta visitor ke blog anda..visitor akan meningkat apabila isi atau post anda diminati oleh pembaca..mengikut penulisan anda sendiri...(itulah yang sering digemari para pembaca)..wajib baca syarat di SINI,,sudah.!.okeh anda boleh mulakan dengan mana2 pilihan dibawah...Good Luck.. :)
Dapatkan Backlink dengan memasang banner disini : http://searchsecure.blogspot.com/search/label/Backlink%20program
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Sila klik disini untuk berlangganan via email, anda akan mendapat article yang seterusnya daripada SEOSPYsearchsecure


TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA
Judul: fahami teknik dan maksud SEO?
Ditulis oleh Cara Mudah
Rating Blog 5 dari 5
*ANDA mahu mencari Backlink??..Hanya perlu tinggalkan komen anda pada post kami.lebih bnyak komen anda lebih banyak backlink untuk Anda,Sertakan Link DOFOLLOW sekarang KE http://searchsecure.blogspot.com/2013/02/mengetahui-maksud-seo.html.Happy blogging | Teknik SEO 2013 SEOSPY.

3 comments:

kucha lana said...

ada lagi ke backlinks tu bro..nanti nak buat banner..berapa saiz banner bro

master slave said...

datang tambah ilmu SEO disini

Cara Mudah said...

#kucha lana
size banner normal..untuk bertukar banner 80x15px...

cth: http://searchsecure.blogspot.com/2013/03/dapatkan-backlink-cara-mudah-rahsia-seo.html

Post a Comment

CLAIM YOUR GOOGLE PAGERANK